Monday, July 18, 2011

'Aku Terima Nikahnya'

'Aku Terima Nikahnya'...

 Kalau baca dari tajuk, semua orang akan anggap yang aku ni dah nak kahwin. Mak, ayah, kakak2, n adik smua cakap aku nk kahwin. Aku sendiri pun bila terbaca tajuk tu pun ingat perkara yang sama (kahwin)...hehehe...

Bulan lepas, aku pergi melepak dengan kawan aku, Fifi, kt umah baru dia. Niatnya nk tolong mengemas la konon...Akhirnya duduk2 sambil bersembang je. Suami die je yang sibuk mengemas...Bukannya tak nk tolong tapi kawan aku tu yg suruh aku duduk sembang. Aku pun ape lagi, duduk2 n sembang jela...Maklumlah orang perempuan bile dah jumpa kawan, semua kerja tak jadi...hehehe...

Tengah dok2 syok bersembang, kawan aku tu pun offer la kt aku untuk pinjam novel2 dan buku2 kegemaran die yg die kumpul selama ni. Aku ni pantang dengar novel/buku, ape lagi senyum lebar la...orang offer, jangan ditolak..

Dalam banyak2 novel dan buku yg kawan aku offer tu, aku tertarik pada satu buku ni. Tajuk die betul2 menarik minat aku iaitu 'Aku Terima Nikahnya'. Mula2 tu ingat buku tu hanya untuk orang yg nk berkahwin je. Tapi bila aku bace muqaddimah yg ditulis oleh penulis buku tu, aku betul2 tetarik nak bace buku tu dengan lebih lanjut lagi.

Buku ni merupakan kompilasi tiga buku yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil iaitu iaitu 'Aku Terima Nikahnya', Bercinta Sampai Ke Syurga', dan Murabbi Cinta'.

Buku ni sebenarnya memaparkan rakaman kehidupan yang dilalui sendiri oleh penulisnya yang membekalkan saranan membina kehidupan bersendikan Syariatullah dan Sunnatullah.                                                  

Saat aku baca buku ni, hati aku sentiasa ceria dan berbunga-bunga kerana setiap perkara atau kejadian yang berlaku dalam buku ni betul2 membuat aku teruja untuk membayangkan seolah-olah aku turut berada di setiap tempat yang diceritakan oleh penulis di dalam buku ini.

 Kadang2 pernah terpikir di benak fikiran aku ni, alangkah seronoknya jika aku mendapat pengalaman seperti yang dialami oleh penulis buku itu. Walaupun hidup aku jauh sekali berbeza dengan pengalaman yang dialami penulis, namun ade beberapa ungkapan yang ditulis mempunyai perkaitan dengan diri aku sekarang. Antara ungkapan yang aku suka sangat ialah:

1) "Jangan ditangis mereka yang tidak datang, tetapi hargailah mereka yang hadir."
 (rase macam selalu je ungkapan ni ditujukan kepada aku...)
Ungkapan ni sebenarnya untuk menggalakkan kita supaya menghargai sesiapa yang hadir dalam hidup kita dan kita juga seterusnya perlu bersyukur kerana masih ade lagi orang yang mahu hadir di dalam hidup kita.

2) "Rumah besar belum tentu bahagia. Rumah sempit belum tentu derita. Segalanya ditentukan oleh hati."
Harta kekayaan bukanlah penentu kepada sesebuah kebahagiaan kerana ketulusan hati untuk menerima seseorang itu, termasuk susah dan senangnya sesungguhnya merupakan pembuka tirai kepada sesebuah kebahagiaan abadi.

Rasanya dah terlampau panjang pulak aku berceloteh setelah sekian lama tak menulis di blog ni. Cukuplah untuk sekadar berkongsi pengalaman dan cerita tentang buku kesukaan aku ni. Banyak betul nilai dan pengajaran yang disisipkan penulis dalam buku ni.

Terima kasih kepada Ustaz Hasrizal kerana berkongsi pengalaman hidupnya dengan menghasilkan buku ni. Tidak lupa juga kepada kawan aku Puan Fifi yang telah meminjamkan buku ni. Kalau dia tak pinjamkan buku ni, tentunya aku takkan dapat memperolehi pengetahuan dan pengalaman berhalusinasi seindah yang kuimpikan ini. TERIMA KASIH.....

Salam,
Waniey 

No comments:

Post a Comment