Sunday, April 4, 2010

10 K dalam persahabatan...

Persahabatan......ape ya?...hmm...
Persahabatan ni sbnarnya salah satu perhubungan sesama manusia...perhubungan yg bemulanya dari satu pertemuan dan perkenalan yang kemudiannya terjalinlah satu ikatan persahabatan...

Persahabatan ni kdg2 ade yg berkekalan dan ade yg x kekal...smuanya bergantung kpd si sahabat dan rakannya...ape yg dpt aku katakan ialah dlm persahatan ni perlu ade 10 K...aku x tau la btul ke x benda ni..tp drpd ape yg aku bace dlm satu magazine ni, mcm btul je..

10 K dlm persahabatan....
1. Kecintaan...kecintaan ni blh la dianggap sbg elemen yg paling penting skali dlm persahabatan. Sbbnya, ikatan dlm sebuah persahabatan ni akan mudah rapuh klu x adanya rasa kecintaan antara 2 insan yg disandarkan kpd si pemilik persahabatan itu sendiri. Sbb tu, kita perlu meluahkan rasa cinta kita kpd sahabat kita spy dia akan rasa dicintai, dikasihi, dan disayangi oleh sahabat dia...

2. Kesetiaan...Kesetiaan blh memanjangkan tali persabatan yg terjalin walaupun jarang berjumpa. Ibaratnya, klu kita setia kpd sahabat kita, kita akan sering diingati hingga ke akhir hayat. Sbbnya, x kira susah atau senang, kita setia berada disisinya memberi sokongan.

3. Kasih Sayang...Kdg2 kasih sayang ni x perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan kesejahteraan utk sahabat2 kita. InsyaAllah, tu pun dh cukup membuktikan kasih sayang kita kpd sahabat kita.

4. Keberanian...ape yg dimaksudkan ni ialah keberanian dlm berkata benar. Dlm persahabatan ni, kita kna la berani bila nk katakan sesuatu. Especially, bila kita dh sakitkan hati sahabat kita. Kita kenalah berani mengaku atas kesilapan yg kita dh buat. Senang kata, jgnla terlampau ego.

5. Keikhlasan...Keikhlasan ni bg aku antara yg terpenting sbb keikhlasan ni dapat menjamin ssbuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat drpd Allah. Jika kita x ikhlas, ianya akan mendatangkan permusuhan. Bersahabatlah dgn ssorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yg dimilikinya.

6. Kejujuran...Kejujuran ni juga penting dlm persahabatan. Jgn sesekali menipu atau menyembunyikan ape2 drpd pengetahuan sahabat kita. Jgn berahsia, melainkan pd perkara yg betul2 perlu dirahsiakan.

7. Kemaafan...Klu sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah utk memaafkannya. Tidak kiralah sebesar mana sekalipun, kerana sahabat yg baik adalah sahabat yg bersedia utk memaafkan sahabatnya.

8. Kegembiraan...Jika kita gembira, kongsilah kegembiraan itu dgn sahabat2 yg tercinta. Bak kata pepatah, 'kegembiraan kita, kegembiraannya jua'...

9. Kesedihan...Bila kita sedar sahabat kita tgh bersedih, ikutlah sekali bersedih. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tempat bg meluahkan kesedihannya. Sbbnya, sahabat akan mencari sahabatnya ketika bersedih.

10. Keserasian...Sememangnya Allah menjadikan manusia ni b'beza2. Namun, dlm persahabatan keserasian ni dpt diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Bila ade persefahaman, barulah hubungan persahabatan akan jadi lebih baik dan seterusnya dpt kurangkan pergaduhan disebabkan salah faham.

Hmm....Itulah semua 10 K yg aku dapat terjemahkan dalam persahabatan....bagi aku, smuanya penting..klu korang rasa persahabatan korang ade masalah...rujuklah 10 K ni..tp jgn pulak putuskan persahabatan klu x da 10 K ni. Klu xda, korang cubalah amalkan 10 K ni...InsyaAllah, persahabatan korang akan berkekalan...dan semoga diberkati oleh NYA.....Amin...

No comments:

Post a Comment