Rasanya dah lama tak update blog...Bukan malas tapi tak tahu nak tulis apa. Sekarang ni hidup aku busy sikit. Maklum la orang dah keje. Sejak akhir-akhir ni kepala aku selalu sakit. Serabut betul kepala ni. Rasanya dah berapa biji panadol aku telan setiap hari. Kalau lama-lama macam ni, mau bengong jadinya..
Macam-macam perkara nak fikir. Sekarang nak kena fokus pada perkara yang paling penting iaitu rumah. Aishh...mana nak cari rumah sewa ni..Dahla express kena posting terus. Kalau tak dapat rumah sewa dalam tiga hari ni, mahu kucar-kacir hidup jadinya...huhuhuhu
Tak sangka aku kena posting kat tempat yang aku tak pernah impikan pun nak kerja kat situ. Kalau diikutkan hati nak je aku angkat kaki. Tapi bila dipikirkan balik, inilah cabaran hidup namanya..."Sabar Wani, sabar. U can do it," kata kawan baik aku yang selalu ada disisi aku masa susah mahupun senang. Walaupun sekarang dia jauh daripada aku tapi die selalu bagi semangat kat aku. Aku sayang kawan baik aku tu.
Actually, tempat keje aku tu bukanlah kawasan pedalaman ataupun kawasan hutan. Cuma satu kawasan sibuk yang aku cuba elak-elakkan untuk menjadi penghuninya. Itu aje sebenarnya..Kenapalah aku kena posting sana. Tak ada tempat lain ke yang aku kena pergi...
Itu satu masalah, ni banyak lagi masalah nak pikir. Rasanya cukup la aku meraban setakat ni. Tak payah la sampai nak buat list masalah kat dalam ni. Hmmm...malas dh tulis ape-ape. Stress...stress....huh!!! Malam ni balik rumah harap-harap la dapat jalan penyelesaian bagi masalah aku ni.